Misteri Alam Semesta

Followers

Sponsor Adds

Play-Asia.com - Buy Games & Codes for PS4, PS3, Xbox 360, Xbox One, Wii U and PC / Mac.

Recent Post

Empowered Your money Today!
Constantine 2014

Panduan Pengurusan Solat Jenazah Ghaib




Klik Pautan Yang Disediakan  @ Gambar Untuk Membaca @ memuat Turun File.

Panduan Pengurusan Solat Jenazah Ghaib ( Beramai - Ramai ).

Punca : JAKIM.

Roh Yang Kembali Dibulan Ramadhan


Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz. Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.

Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.

Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup. Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan.

Source : Ustaz Nasir.

Misteri Matianak


Apakah Matianak ini? Matianak adalah sejenis hantu atau golongan jin yang tempat tinggalnya di kawasan paya dan hutan. Dari segi fizikal matianak tidak ada bezanya dengan pontianak ini kerana asal-usulnya sama sahaja. Menurut orang-orang tua matianak ini mempunyai dua cangkuk di belakang badan dan juga juga di depan badannya. Itu memudahkan ia bergayut di pokok dan cangkuk di depan kegunaannya untuk menyambar mangsa.

Asal usul matianak ini adalah seorang perempuan sarat mengandung yang telah kematian suami dan menghitung hari untuk melahirkan anak sulungnya. Akhirnya dia telah mati ketika melahirkan anaknya. Orang kampung bersepakat untuk tidak mengebumikan jenazah perempuan yang mati mengandung itu kerana ianya tidak pernah berlaku dalam sejarah suku kaum mereka. Jadi mayat perempuan yang mati itu telah diletakkan di pokok ara dan telah dibuat seperti para-para di atas pokok untuk meletakkan mayat perempuan tersebut. Kemudian bermulalah kemunculan matianak.

Gangguan matianak kepada manusia dengan cara membuat tangisan bayi, nyanyian mendayu, cakaran di dinding atau pokok serta menjatuhkan daun-daun pucuk muda. Sekiranya kita duduk di bawah pokok dan tiba-tiba banyak daun-daun pucuk muda jatuh maka anda disarankan berhati-hati atau cara mudah iaitu melarikan diri. Matianak juga suka mengganggu perempuan yang bersalin dengan menahan kandungan keluar dari perut ibu.

Mereka yang mahir dari segi perubatan dan bidan saja yang tahu cara-cara menangani gangguan Matianak. Namun ada juga sesetengah pihak yang membela matianak untuk mendapat kelebihan seperti mahir dalam perubatan dan bermimpi perkara yang akan terjadi keesokan harinya (macam firasat).

Dan ada juga yang menggunakan Matianak untuk mengganggu atau menganiaya sesiapa sahaja yang mereka dendam. Diingatkan sebagai orang Islam janganlah sesekali terlibat dalam perkara di atas kerana dalam Islam ianya syirik serta khurafat sama ada untuk si pelakunya ataupun si pemintanya.

Source : misterialamnusantara-taufikrasip85.

Kerasukan Di Bulan Ramadhan


Soalan

Salam Tuan Haji, saya Azman dari Segamat Johor. Persoalan saya ialah, apakah gangguan syaitan boleh terjadi dibulan Ramadan yang mulia ini? Ini kerana saya melihat sendiri bagaimana adik perempuan saya mengalami kerasukan, menjerit dan mengilai-ngilai terutama pada ketika tengah malam. Sedangkan kita sekarang berada di bulan Ramadan? Apa yang saya tahu, iblis dan syaitan dirantai ketika bulan puasa ini. Mohon pencerahan daripada Tuan berkaitan perihal ini. Terima kasih dan selamat menjalani ibadah puasa.

Jawapan

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Bulan yang Allah sediakan begitu banyak pahala untuk direbut umat Islam melalui setiap ibadat, sehingga Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang bermaksud:
  • “Tidur bagi orang yang berpuasa itu adalah ibadat, manakala diamnya adalah bertasbih.” - HR al-Baihaqi.
Betapa besarnya kelebihan Ramadan sehinggakan tidur pun dianggap ibadat. Pada bulan inilah diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatulqadar. Malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan dan digandakan pahala amalan pada malam tersebut. Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin atau racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru. Dengan berpuasa juga dapat memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh secara semulajadi.

Di bulan ini juga Allah SWT menurunkan petunjuk bagi manusia, iaitu al-Quran. Kita digalak memperbanyakkan serta menggandakan bacaan al-Quran berserta maksudnya pada bulan mulia ini. Pada bulan inilah pintu langit akan dibuka seluas-luasnya bagi memberi peluang kepada umat Islam memohon ampun dan memanjatkan doa, paling penting kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas pada Ramadan kerana berpuasa dapat menghalang manusia daripada melakukan kejahatan.

Syaitan juga tidak dapat menghasut manusia pada Ramadan. Namun persoalannya ialah, bagaimana dibulan yang penuh kemuliaan ini masih berlaku kes-kes kerasukan? Sedangkan dalam hadis Nabi SAW ada bersabda:
  • “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai / dibelenggu para syaitan.” - HR al-Bukhari dan Muslim Pengalaman saya di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah selama 10 tahun dalam menangani kes-kes kerasukan mendapati ketika bulan Ramadhan kejadian rasuk kerap berlaku. Malah terdapat kerasukan dimana pesakit bertindak sangat agresif sedangkan pada ketika itu pesakit berpuasa!
Kerasukan

Di rencana saya yang lepas, saya ada menyentuh mengenai isu kerasukan atau histeria. Dari aspek perubatan moden, hysteria atau kerasukan adalah disebabkan oleh rasukgangguan mental seseorang atau dipanggil "mental disability'' yang akhirnya membawa kepada halusinasi atau ''halusination''. Mereka yang mengalami histeria sering kehilangan kawalan diri yang melampau dan keadaan ini akan membuat pesakit akan menjerit, meracau dan ada juga yang boleh bertindak ganas.

Daripada perspektif perubatan islam, kerasukan dikaitkan dengan keadaan seseorang yang mengalami gangguan jin atau iblis. Menurut pengalaman pesakit yang pernah dirawat kerasukan, mereka ternampak pelbagai perkara yang menakutkan hinggalah mereka tidak sedarkan diri dan meracau-racau. Ada juga yang mendakwa mereka berasa sejuk dan panas pada bahagian badan, fikiran bercelaru, hati menjadi tidak keruan yang akhirnya membawa kepada tidak sedarkan diri dan seterusnya dirasuk.

Hakikat Penciptaan Jin

Bagi menjelaskan perkara yang berkaitan dengan kejadian gangguan kerasukan ini. Eloklah kita menyelusuri hakikat penciptaan jin serta sejarah kejadiannya. Kewujudan jin adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan kerana ia juga termasuk makhluk ciptaan Allah SWT. Tujuan penciptaannya juga adalah sama sebagaimana tujuan penciptaan manusia iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
  • “dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku” - Surah Az-Zariyat:56
Bersandarkan kepada Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW menyatakan beberapa jenis jin yang bertebaran di muka bumi ini iaitu :
  • Iblis merupakan ketua atau bapa kepada seluruh jin dan syaitan
  • As-Syaitan iaitu syaitan-syaitan yang membisikkan kejahatan
  • Al-Maraddah membisikkan perasaan agar manusia merasa ragu-ragu atau was-was
  • Al-‘Afrit melaksanakan tipu daya
  • Al-A’waan merupakan pelayan-pelayan
  • At-Tayaruun iaitu jin-jin yang berterbangan
  • Al-Ghawaasuun jin-jin yang tinggal di dalam air
  • At-Tawaabi iaitu kuncu-kuncu atau pengikut-pengikut setia
  • Al-Qurana iaitu pengawan-pengawan
  • Al-Ummaar iaitu pemakmur
Daripada jenis-jenis tersebut,ada dikalangannya yang beriman dan taat kepada perintah Allah malahan tidak melakukan sebarang kejahatan khususnya kepada manusia.
  • “Dan sesungguhnya diantara kami ada yang soleh dan diantara kami ada pula yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza" - Surah Al-Jinn:11
Jika sekiranya golongan jin ini mentaati Allah SWT, maka mereka akan diberi ganjaran di akhirat kelak. Begitulah sebaliknya jika mereka yang ingkar maka selayaknya balasan azab yang pedih menanti di hari pembalasan.
  • “Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, daripada jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongan sendiri); hinggalah apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan pertama di antara mereka: “Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat kali ganda daripada (azab) neraka”. Allah berfirman:”Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui.” - Surah al-A’raf:38.
Menurut Syeikh Jadul Haq (bekas Syeikh Al-Azhar), Iblis adalah 'abu syaitan' (bapa syaitan). Jika malaikat adalah tentera Allah yang mengajak kebaikan, iblis dan syaitan adalah sebaliknya. Mereka adalah musuh Allah yang menyeru ke arah kejahatan dan kerosakkan. Syaitan ialah golongan yang angkuh dan derhaka dari alam jin. Mereka adalah dari kalangan jin juga.

Sejarah Iblis

Firman Allah SWT:
  • “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…” - Surah al-Kahfi: 50
Iblis turut dikenali dengan nama Azazil. Sebelum penciptaan Nabi Adam a.s. Azazil merupakan imam kepada para malaikat. Riwayat menceritakan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat:
  • “Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”.
Menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Luh Mahfuz itu adalah dirinya. kemudian diberitakan kepada para malaikat, menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan kepada seluruh malaikat dengan doa :
  • “Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”
Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Ketika Allah menciptakan Nabi Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud hormat kepada Nabi Adam. Maka para malaikat sujud tunduk kepada perintah Allah melainkan Iblis. Dia menolak, kerana merasakan bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-
  • “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujud melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada makhluk yang Engkau ciptakan dari tanah?”. - Surah al-Isra’:61
Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi. Maka Azazil dihalau keluar dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.

Firman Allah SWT:

Dia (Iblis) berkata:
  • “Khabarkanlah kepadaku, inikah orang yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, pasti aku akan sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil”. - Surah al-Isra’:62
Iblis telah berjanji untuk menyesatkan anak cucu Adam. Justeru, gangguan daripada Iblis dan tentera-tenteranya akan terus berkesinambungan sehinggalah ke hari kiamat kelak. Maka mohonlah perlindungan daripada Allah taala agar kita terhindar daripada kejahatan dan gangguan mereka.

Syaitan yang Dirantai

Dari sudut pandangan Islam, para Ulama berbeza pendapat dalam menafsirkan maksud hadis tentang syaitan yang dirantai ketika bulan Ramadhan. Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Halimiy yang dimaksudkan dengan syaitan yang dirantai itu ialah para syaitan tidak dapat menggoda umat Islam sepertimana di luar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam melaksanakan ibadah berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat. Di bulan ini juga umat islam sibuk dengan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti membaca al-Quran dan berzikir.

Menurut pendapat Imam Nawawi Rahimahullah di dalam syarahnya menyebut bahawa ianya hanyalah satu ‘majaz’ atau kiasan untuk menunjukkan betapa syaitan sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya seperti biasa. Ini kerana, puasa yang dilakukan oleh orang-orang Islam akan menyempitkan saluran darah yang menjadi laluan syaitan dan akan berkuranglah nafsu yang merajai hati manusia selama ini. Oleh kerana itu, syaitan tidak dapat menjalankan tugasnya dan keadaan ini menyebabkan dirinya bagaikan di'rantai'. Namun beliau tidak menolak bahawa syaitan benar-benar dirantai.

Menurut pandangan Imam As-Syafie pula :
  • “hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas , kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan Ramadhan”.
Kesimpulan daripada pendapat-pendapat tersebut, jin dan syaitan masih lagi dapat mengganggu manusia dibulan ramadhan ini. Keteguhan iman serta amalan ibadah seseorang yang sebenarnya dapat membelenggu jin, menghindari daripada hasutan kejahatan serta tipu dayanya.

Penutup

Puasa adalah suatu ibadat ‘tazkiyah al-nafs’, iaitu proses penyucian jiwa dan nurani daripada segala penyakit rohani. Ia dapat meningkatkan nilai taqwa di sisi Allah SWT. Nilai ketaqwaan inilah yang dapat menghindarkan kita daripada gangguan makhluk-makhluk halus. Apabila kita berpuasa jiwa kita menjadi kuat sehingga dapat menakluk nafsu. Ini adalah kerana apabila lemah kekuatan badan, kita dapat mengawal lidah, hati (fikiran) dan anggota-anggota tubuh badan kita dari melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat. Puasa memiliki fungsi untuk menghidupkan hati atau jiwa yang lemah diperkudakan nafsu. Kerana nafsu merupakan sasaran syaitan yang ampuh dalam usaha merosak dan menyesatkan umat manusia. Berikut surah-surah amalan bagi mengelakkan diri dari gangguan kerasukan:-
  • Surah Al Baqarah ayat 165 hingga 186
  • Surah Al A’raaf ayat 146 hingga 159
  • Surah Al Baqarah ayat 244 hingga 255
  • Surah Al Mukminun ayat 105 hingga 118
Jadikanlah Ramadan sebagai bulan untuk meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah SWT dan istiqamah dilakukan dibulan-bulan yang lain juga. Begitu pula dengan amalan berpuasa, jadi ia sebagai rutin hidup kita. Selain dapat mengamalkan sunnah, kita juga dapat memelihara kesihatan tubuh badan kita daripada pelbagai jenis penyakit dan terhindar dari kerasukan! Insya-Allah.

Source : alhidayah-medic

Adakah Syaitan Benar Benar Dirantai Di Bulan Ramadhan?


Apabila tibanya bulan Ramadhan, sebagaimana biasa kita akan mendengar satu hadis yang sering dibacakan oleh para ustaz di masjid-masjid atau diperdengarkan kepada khalayak ramai iaitu hadis yang datang dari Abu Hurairah RA yang bermaksud :

"Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.." Hadis ini diriwayatkan Bukhari dan Muslim. Imam Muslim Rahimahullah menyebut hadis ini dalam kitab Shiam (Puasa) dan begitu juga dengan Imam Bukhari yang meletakkan hadis di dalam kitab Shaum (Puasa). Namun lafaz yang dibawa oleh Imam Bukhari berlainan dari Muslim walaupun dari periwayat yang sama iaitu : "Apabila tibanya bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu langit, dan ditutup pintu-pintu jahannam dan dirantai syaitan-syaitan.." Namun, perbezaan lafaz ini tidak membawa kepada perbezaan makna hadis.

Persoalannya : Adakah syaitan benar-benar dirantai di bulan Ramadhan sehingga tidak dapat menjalankan aktivitinya seperti biasa? Kalau ini yang terjadi, bagaimana pula yang berlaku pada hari ini di mana dilihat kemaksiatan yang berlaku di bulan Ramadhan tidak kurang hebatnya daripada yang berlaku di bulan yang lain? Atau adakah rantai tersebut hanyalah satu simbolik (majaz)?

Menurut pendapat Imam Nawawi Rahimahullah di dalam syarahnya menyebut bahawa proses perantaian tersebut hanyalah satu simbolik atau majaz untuk menunjukkan betapa syaitan sudah tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya seperti biasa memandangkan orang-orang Islam sudahpun berpuasa. Ini kerana, puasa yang dilakukan oleh orang-orang Islam akan menyempitkan saluran darah yang menjadi laluan syaitan dan akan berkuranglah nafsu yang merajai hati manusia selama ini. Oleh kerana itu, syaitan tidak dapat menjalankan tugasnya dan keadaan ini menyebabkan dirinya bagaikan di'rantai'. Dalam erti kata lain, puasalah yang menjadi punca kepada perantaian ini dan kepada orang-orang yang tidak melaksanakan ibadat puasa, pengaruh syaitan ke atas dirinya samalah seperti bulan-bulan yang lain.

Walau bagaimanapun, Imam Nawawi sendiri tidak menolak kemungkinan maknanya yang zahir iaitu syaitan-syaitan benar-benar dirantai pada bulan Ramadhan bagi menandakan kemuliaan bulan Ramadhan. Manakala hakikat yang terjadi pada hari ini di mana ramai orang-orang yang berpuasa tetap meneruskan kemaksiatan ialah kerana puasa mereka tidak menepati syarat-syarat dan tidak dihayati sebagaimana yang sepatutnya. Apabila puasa tidak dihayati sepenuhnya, pengaruh syaitan akan tetap berkekalan sekalipun syaitan sendiri sudahpun dirantai. Pendapat ini dipegang oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani.

Sebagai kesimpulannya, pemahaman para ulama' terhadap hadis ini yang menyatakan syaitan-syaitan dirantai terbahagi kepada dua iaitu memahaminya secara simbolik ataupun memahaminya di atas maknanya yang zahir. Bagaimanapun, ia sebenarnya tidak bertentangan antara satu sama lain. Seandainya seseorang itu berpuasa dengan sebenar-benarnya, maka sesungguhnya dia telah merantai syaitan daripada mendekati dirinya.

Punca : mymasjid

Azazil

Azâzîlb adalah nama asli dari Iblis yang merupakan bapak dari bangsa jin, sedangkan pendapat lain mengatakan bahwa nama asli Iblis adalah al-Harits. Menurut syariat Islam `Azâzîl adalah pemimpin kelompok syaitan dari kalangan jin dan manusia. Sebelum diciptakannya Adam, Azâzîl pernah menjadi Imam para Malaikat (Sayyid al-Malaikat) dan Khazin al-Jannah (Bendaharawan Surga), selama beberapa puluh ribu tahun sebelum membangkang kepada Allah. Nama Azazil dapat ditemukan dalam beberapa kitab tafsir, diantaranya dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir, (Mujallad I-1/76 – 77), Tafsir Al- Khozin – Tafsir Al- Baghowi (I-1/48). Kata Azazil merupakan bahasa Arab Kuno yang terdiri dari dua suku kata yaitu Aziz yang berarti terhormat, berharga, sangat kuat dan Eil yang merupakan penamaan Allah di zaman Arab Kuno. Azazil secara harfiah berarti Makhluk kuat Allah atau Makhluk terhormat Allah. Azâzîl terdiri atas al-‘azâz yang berarti 'hamba' dan al-îl yang berarti 'Allah' . Kata al-‘azâz berasal dari al-‘izzah yang berarti kebanggaan atau kesombongan atau dapat diartikan sebagai mahluk yang membawa kesombongannya milik Allah Dinamakan demikian karena ia tercipta dari api. Kata al-‘azâz terdiri dari empat huruf, yaitu huruf ‘ain, zây, alif, dan zây yang kedua.

Masing-masing huruf menunjukkan sepak terjang iblis, karena setiap nama itu menunjukkan perbuatan pemiliknya. Dari huruf ‘ain muncul kata ‘ulluw ‘kesombongan’, dari huruf zây muncul kata zuhw ‘sikap takabur’, dari huruf alif muncul kata ibâ’ ‘pembangkangan’ dan istikbâr ‘sifat angkuh’. Kesombongan, sikap takabur, pembangkangan, dan sifat angkuh merupakan sifat-sifat yang dimiliki iblis. Inilah tafsir nama asli iblis yaitu Azâzîl.

Julukan

Azâzîl sangat banyak memiliki julukan, seperti Sayid al-Malaikat dan Khazin al-Jannah. Di setiap langit ia memiliki julukan yang sangat bagus, adalah :
  • Langit pertama ar-Rafii'ah, Ahli ibadah (al-Abid),
  • Langit kedua al-Maa'uun, Ahli ruku (ar-Raki),
  • Langit ketiga al-Maziinah, Ahli sujud (as-Saajid),
  • Langit keempat az-Zahirah, Selalu merendah dan takluk kepada Allah (al-Khaasyi),
  • Langit kelima al-Muniirah, Selalu ta'at (al-Qaanit),
  • Langit keenam al-Khaliishah, Bersungguh-sungguh dalam beribadah (al-Mujtahid),
  • Langit ketujuh al-Ajiibah, Sederhana dalam menggunakan sarana hidup (az-Zahid).
Wujud fisik

Sebelum Penciptaan Adam

Sebelum dilaknat oleh Allah, Azâzîl memiliki wajah rupawan cemerlang, mempunyai empat sayap, banyak ilmu, terbanyak dalam hal ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyyuun, memiliki tempat dibeberapa langit, mendengarkan berita-berita rahasia Tuhan dan masih banyak lagi.
  • ...dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya) (Al-Jin 9:72)
Setelah Penciptaan Adam

Setelah ia enggan untuk bersujud kepada Adam, Allah memanggilnya Iblis dan mengubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan menjadi bentuk seperti babi hutan. Allah mengubah kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti ketel tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Penangguhan Umur

Azâzîl diberi umur hingga hari akhir kiamat. Dengan janji untuk menyesatkan manusia sebanyak mungkin dan menemaninya di neraka Jahannam kelak.

Permintaan Azâzîl kepada Allah:
  • Berkata iblis: Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan.(Al-Hijr, 15:36)
Lalu Allah menjawab:
  • Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka Jahanam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya. (Shaad, 38:85)
Azazel dalam pandangan Kristen

Azazel dalam Perjanjian Lama adalah kambing jantan yang akan digunakan sebagai korban penghapus dosa. Upacara penyucian dosa ini pertama kali diberikan Allah kepada Adam setelah manusia jatuh ke dalam dosa, dan di lanjutkan kembali oleh Nabi Musa pada saat umat Israel keluar dari perbudakan bangsa Mesir. Imamat 16.

Karena pelanggaran pada hukum Allah menuntut nyawa dari si pelanggar. Darah yang melambangkan hutang nyawa orang yang berdosa yang kesalahannya ditanggungkan kepada korban, lalu dibawa imam ke dalam bilik yang kudus dan memercikannya di hadapan tirai penghubung, yang di belakangnya terdapat tabut perjanjian yang berisi hukum yang dilanggar oleh orang berdosa itu.

Dengan upacara ini dosa-dosa melalui darah, dipindahkan secara simbolis ke tempat kudus. Dalam beberapa kasus, darah tidak di dibawa ke bilik yang suci, tetapi dagingnya kemudian akan dimakan oleh imam, sebagaimana Musa memberi petunjuk kepada anak-anak Harun dengan mengatakan,"Tuhan memberikan kepadamu, supaya kamu mengangkut kesalahan umat." Imamat 10:17.

Dengan demikian dosa-dosa umat Israel dipindahkan. Sekali setahun, pada hari besar pendamaian, imam memasuki bilik yang maha kudus untuk membersihkan dan memulihkan tempat kudus. Pekerjaan ini dilakukan untuk mengakhiri pelayanan tahunan. Pada hari pendamaian dua ekor kambing jantan (=yang akan ditentukan bagi Azazel atau Mesias) dibawa ke pintu kemah suci, lalu dibuang undi bagi keduanya, sebuah undi bagi TUHAN, dan sebuah lagi bagi Azazel (pembuangan total) (Imamat 16:8). "Kambing yang terundi bagi Tuhan akan disembelih sebagai korban persembahan banyak orang.Dan imam akan membawa darahnya ke dalam tirai selubung, dan memercikan ke atas mezbah pedupaan yang dihadapan tirai selubunng.
  • Korban yang menjadi undi Mesias yang disembelih dan dagingnya dimakan itu merupakan lambang bahwa umat Israel sudah menjadi satu dengan Mesias yang selalu memuliakan hukum Allah dan darah yang di percik itu adalah darah yang menguduskan dan mendamaikan manusia dari dosanya.
Dan Harun harus meletakkan kedua tangannya ke atas kepala kambing jantan yang hidup itu dan mengakui di atas kambing itu segala kesalahan umat Israel dan segala pelanggaran mereka, apapun juga dosa mereka; ia harus menanggungkan semuanya itu ke atas kepala kambing jantan (Azazel) itu dan kemudian melepaskannya ke padang gurun dengan perantaraan seseorang yang sudah siap sedia dengan itu.

Demikianlah kambing jantan itu (Azazel) harus mengangkut segala kesalahan Israel ke tanah yang tandus dan kambing itu harus dilepaskan di padang gurun (Imamat 16:21,22). Orang yang menggiringnya ke padang gurun harus membasuh dirinya dan pakaiannya dengan air sebelum kembali ke perkemahan.

Seluruh upacara itu dimaksudkan untuk memberi kesan kepada orang Israel mengenai kekudusan Allah dan kebencianNya kepada dosa. Dan lebih jauh, untuk menunjukkan kepada mereka bahwa mereka tidak boleh berhubungan dengan dosa tanpa menjadi cemar dan najis.

Karena Allah tidak pernah sedikitpun mengijinkan dosa, walaupun umatNya sering melakukan amal dan berprilaku sangat baik, hanya dengan setitik dosa saja manusia tetap tidak berkenan di hadapan Allah. Walau begitu keselamatan sudah tergenapi oleh Darah Yesus di Kayu Salib.

Punca : Wikipedia Bahasa Indonesia.

Iblis

Iblis adalah nama diri untuk sesosok makhluk ciptaan Allah, yang merupakan musuh umat manusia, terutama menurut ajaran agama Kristen dan Islam. Dalam agama Islam, nama "iblis" merupakan julukan yang diberikan kepada nenek moyang jin, Menurut agama Islam, nama aslinya Azazil. Menurut ajaran Islam dijelaskan bahwa Allah menciptakan tiga jenis makhluk berakal budi yaitu malaikat yang diciptakan dari cahaya (nuur), jin dari api (naar), dan manusia dari tanah (turaab). Menurut agama Kristen, Iblis adalah malaikat yang memberontak kepada Allah, sehingga dibuang dari sorga dan kemudian menghasut manusia untuk berdosa. Di dalam Alkitab Ibrani atau Alkitab bahasa Indonesia bagian Perjanjian Lama kata "Iblis" hanya dipakai di 3 kitab, yaitu Kitab 1 Tawarikh, Kitab Ayub, dan Kitab Zakharia, yang merupakan terjemahan kata bahasa Ibrani : (syatan atau "Setan"), yang berarti musuh. Di bagian Perjanjian Baru, Iblis disebutkan berusaha membawa manusia jauh dari Allah, malahan mencobai Yesus Kristus meskipun gagal dan diusir pergi oleh Yesus. Karenanya Iblis disebut sebagai musuh atau lawan bagi orang-orang Kristen. Kata Iblis dalam bagian Perjanjian Baru ini diterjemahkan dari bahasa Yunani : (diabolos, artinya "pemfitnah', "penghasut") yang dalam bahasa Inggris disebut devil.

Etimologi

Dalam bahasa Arab nama Iblis berasal dari kata balasa yang artinya menyesal. Maka nama Iblis diartikan "Yang akan terus menyesal di dunia dan di akhirat". Iblis dahulunya beribadah kepada Allah, berwajah tampan dan berpenampilan baik. Namun setelah Allah menciptakan Adam sebagai khalifah, maka iblis mengingkarinya. sejak saat itu Iblis menjadi musuh utama yang sebenar-benarnya bagi anak cucu Adam (semua umat manusia). Wajahnya menjadi buruk rupa dan menjadi mahluk yang pertama kali berbohong di alam semesta ini.

Iblis menurut pandangan Islam

Asal Mula

Salah satu kutipan Al Quran yang cukup detil mengenai asal mula kisah Adam dan Iblis terdapat dalam Surat Shaad ayat 71-85 sebagai berikut :
  • (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah". Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan) Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya". Lalu seluruh malaikat itu bersujud semuanya, kecuali Iblis; dia menyombongkan diri dan adalah dia termasuk orang-orang yang kafir.

    Allah berfirman: "Hai Iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?" Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, karena Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah". Allah berfirman: "Maka keluarlah kamu dari surga; sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk,sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan".

    Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat)". Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.

    Allah berfirman: "Maka yang benar (adalah sumpah-Ku) dan hanya kebenaran itulah yang Ku-katakan". Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya. (Shaad 38:71-85).
Sejak penciptaan manusia Adam, Iblis diperintahkan Allah untuk bersujud kepadanya, namun Iblis tidak mau sujud kepadanya. Oleh karena itu, Iblis di keluarkan oleh Tuhan dari Surga dan menjadi mahluk yang terkutuk.

Penangguhan umur Iblis

Iblis diberikan penangguhan umur hingga kiamat pada tiupan sangkakala pertama, terdapat pada Al-Qur'an surah Al-Hijr:
  • Berkata iblis : "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan. Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan - (Al Hijr 15:36-38).
Tempat tinggal Iblis

Dalam sebuah hadits dari Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dikisahkan Iblis dan keturunannya akan tinggal dan berkumpul di kakus, pasar, tempat berpesta, tempat hiburan dan tempat maksiat.

Kisah Iblis di Neraka

Dalam sebuah hadits diterangkan bahwa ketika para penghuni neraka sudah sampai di neraka, di situ disediakan sebuah mimbar, pakaian, mahkota dan tali untuk mengikat Iblis, yang kesemuanya itu terbuat dari api.

Kemudian ada suara yang memerintahkan Iblis untuk naik ke mimbar:
  • “Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan berbicaralah kamu kepada penghuni neraka.”
Maka dia pun naik ke mimbar dan berkata:
  • “Wahai para penghuni neraka.”
Semua orang yang berada dalam neraka mendengar ucapannya dan memandang ke arah pemimpin mereka itu.
  • “Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahwa kamu semua mati lalu akan dihimpun dan dihisab menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke surga dan satu kumpulan ke neraka Sa’ir.”
Iblis berkata lagi:
  • “Kalian semua menyangka bahwa kalian semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kalian semua.”
  • “Akhirnya kalian semua mengikuti aku, maka dosa itu untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, karena sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat...”
  • “Mengapakah kamu tidak mau menyembah Allah SWT? Sedangkan Dia yang menciptakan segala sesuatunya...”
  • “Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari siksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan.”
Setelah ahli neraka mendengar kata-kata Iblis itu, lalu mereka melaknati Iblis. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak yang terbuat dari api dan jatuhlah dia ke dasar Neraka yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya. Malaikat Zabaniah lalu berkata kepada Iblis dan pengikutnya:
  • “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di Neraka untuk selama-lamanya.”
Iblis menurut pandangan Kristen

Riwayat Awal Kejahatan Iblis menurut menurut Alkitab

Iblis awalnya bukan ciptaan yang jahat, sebab semua yang diciptakan Tuhan itu baik adanya. Sebagaimana manusia, Iblis juga mempunyai kehendak bebas. Dan ternyata dia menggunakan kehendak bebas itu secara salah, karena ingin menjadi sama seperti Tuhan sendiri, sehingga jatuhlah Iblis ke dalam dosa. Dalam bahasa Yunani, nama iblis ini disebut sebagai "Lucifer".

Keberadaan Iblis di Surga

Asal Mula Dosa

Bagi banyak orang asal mula dosa dan alasan keberadaannya merupakan suatu sumber kebingungan besar. Mereka melihat pekerjaan si jahat dengan akibat-akibatnya, bencana dan kehancuran yang mengerikan, dan mereka bertanya-tanya bagaimana semua ini bisa terjadi di bawah pemerintahan dan kedaulatan Allah yang tak terbatas dalam hikmat, dalam kuasa, dan dalam kasih. Dan awal mula dosa terjadi menurut Alkitab jauh sebelum Bumi beserta isinya dan Manusia diciptakan. Tidak ada yang lebih jelas diajarkan di dalam Alkitab selain bahwa Allah dalam hal apapun tidak bertanggung jawab bagi masuknya dosa; bahwa tidak ada penarikan sewenang-wenang rahmat Ilahi, tidak ada kekurangan dalam pemerintahan Ilahi yang memberikan kesempatan timbulnya pemberontakan.

Dosa menurut pengertian Alkitab
  • adalah pengacau dan penggangu, sehingga tidak ada alasan untuk membiarkan keberadaanya dan kehadirannya;adalah sesuatu yang misterius dan yang tidak dapat diterangkan dan dipertanggungjawabkan; memaafkannya berarti mempertahankanya;dan satu-satunya yang didefinisikan dalam Firman Allah, dosa adalah Pelanggaran kepada Hukum Ilahi.
Lahirnya Kejahatan

Kejahatan adalah tindakan melawan hukum Allah, suatu pelanggaran yang dilahirkan akibat memanjakan dosa. Sebelum masuknya kejahatan, damai dan kesukaan memenuhi alam semesta. Semuanya selaras dengan kehendak Pencipta.

Yang dijelaskan dalam sebuah firman;
  • "Di dalam Dialah telah diciptakan segala sesuatu, yang ada di Surga dan yang ada di Bumi, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan baik singgasana maupun kerajaan, baik pemerintah maupun penguasa,"(Kolose 1:16), dan kepada Kristus sama dengan kepada Bapa, segenap Surga menunjukkan kesetiaan mereka.Tetapi ada seseorang yang menyalahgunakan kebebasan ini. Dosa bermula dari dia yang setelah Kristus, paling dihormati Allah dan yang berkuasa paling tinggi dan yang paling mulia dari antara penghuni Surga.
Sebelum kejatuhannya ke dalam dosa, Lucifer adalah yang terutama dari para Kerub yang berjaga. Kerub yang suci dan yang tidak bercacat cela. Yang di jelaskan di dalam firman Allah:
  • "Gambar dari kesempurnaan engkau, penuh hikmat dan maha indah. Engkau di Taman Eden, yaitu Taman Allah penuh segala batu permata yang berharga"."Kuberikan tempatmu dekat Kerub yang berjaga (engkau adalah Kerub yang menaungi - tejemahan langsung), di gunung kudus Allah engkau berada dan berjalan-jalan, di tengah-tengah batu-batu yang bercahaya-cahaya. Engkau tidak bercela di dalam tingkah lakumu sejak dari penciptaanmu sampai terdapat kecurangan padamu". - (Yehezkiel 28:12-15).
Sebenarnya Lucifer bisa saja tetap berkenan kepada kepada Allah dikasihi dan dihormati oleh seluruh Malaikat Surga, dan menjalankan kuasanya yang mulia untuk memberkati yang lain-lain serta memuliakan PenciptaNya. Yang dijelaskan di dalam firman Allah; Tetapi kata nabi itu,
  • "Engkau sombong karena kecantikanmu, hikmatmu kau musnahkan demi semarakmu". - (Yehezkiel 28:17).
Kejahatan Awal yang dilakukan Lucifer

Kejahatan awal yang dilakukan oleh Lucifer adalah ingin, Melanggar batas kewenangannya....Sedikit demi sedikit Lucifer memanjakan suatu keinginan untuk meninggikan diri sendiri. Yang dijelaskan dalam Kitab Yehezkiel;
  • "Karena hatimu menempatkan diri sama dengan Allah". Gantinya berusaha membuat Allah yang tertinggi dalam kasih dan kesetiaan mahluk-mahluk ciptaanNya, Lucifer berusaha untuk memenangkan pelayanan dan penghargaan mereka untuk dirinya sendiri.
  • Dengan menginginkan kehormatan yang dikaruniakan Allah kepada AnakNya-Mesias, Lucifer menginginkan kuasa yang hanya Mesias saja memiliki Hak Prerogatif itu. Kejahatan yag akhirnya merusak keharmonisan surgawi.
  • Pelayanan dan meninggikan diri sendiri yang bertentangan dengan rencana Pencipta, membangkitkan suatu pertanda jahat, yang seharusnya kemuliaan Allah adalah tertinggi baginya. Majelis Surgawi membujuk Lucifer. Anak Allah - Mesias mengemukakan di hadapanya kebesaran, kebaikan dan keadilan Pencipta dan sifat hukumNya yang kudus dan yang tidak berubah itu. Tetapi amaran yang diberikan dalam kasih dan belas kasihan yang tak terbatas hanya membangkitkan roh penolakan. Lucifer membiarkan iri hati terhadap Mesias menguasai dirinya, sehingga ia lebih berketetapan dalam dirinya.
Gelar Iblis

Gelar Iblis adalah sebuah julukan atau nama pemberian kepada Lucifer yang ada di Alkitab. Berikut ini adalah nama atau julukan lain dari Satan atau Iblis:
  • Wahyu 9:11, Naga Besar, Si Ular Tua, Penyesat Seluruh Dunia;
  • 1 Yohanes 5:19, Si Jahat;
  • Yohanes 8:44, Pembunuh Manusia dan Si Pendusta;
  • 2 Korintus 4:3-4, Ilah Zaman ini;
  • Yohanes 12:31, Penguasa Dunia ini;
  • Efesus 2:2, Penguasa Kerajaan Angkasa;
  • 1 Tesalonika 3:5, Si Penggoda;
  • Injil, Bapak segala Dosa, Si Penyesat.
Iblis juga sering disebut Lucifer. Kata Lucifer tidak ada dalam Alkitab bahasa Indonesia karena sudah diterjemahkan sebagai Bintang Timur, Putra Fajar.

Punca : Wikipedia bahasa Indonesia.
 
Copyright ©2014 Misteri Alam Semesta. Some Right Reserved.
Blogerize By : Nakao Global Cuisines. | Admin : KayLing88 Network Link. | Disclaimer.
Utama Facebook Ummaland Warisan Facebook Group Twitter Rss Feed Add This Email Rss Feed