Misteri Alam Semesta

Empowered Your money Today!
Constantine 2014
Home » » Diskripnasi berkenaan Hantu 1

Diskripnasi berkenaan Hantu 1

Written By Reduan Koh on Wednesday, 20 February 2013 | 08:52


Langsuir

Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.
Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka. Kononnya jika dipaku di belakang tengkoknya, langsuir akan berubah menjadi seorang wanita yang cantik.

Saka haiwan

Saka haiwan dalam budaya Melayu, merupakan orang yang mengamalkan ilmu yang mendampingkan diri dengan jin haiwan bagi tujuan melindung diri ataupun mengawal haiwan tersebut. Sebagai contoh, orang yang mengamal saka buaya mampu mengawal buaya, dan orang yang mengawal saka ular mampu mengawal ular.
Saka haiwan biasanya memerlukan mereka yang ingin mendampingi jin haiwan mengambil bahagian badan tertentu haiwan tersebut. Bahagian badan itu akan dipuja sehingga pengamalnya mendapat alamat bahawa jin haiwan tersebut telah bersatu dengannya. Pengamal tersebut biasanya perlu mematuhi beberapa syarat dan pantang larang yang dikenakan oleh jin yang didampinginya. Walaupun pengamal dapat mengawal haiwan dengan bantuan jin haiwan itu, terdapatnya beberapa keburukan seperti berikut:
  1. Pengamal ilmu sihir adalah dianggap syirik menurut agama Islam.
  2. Pengamal sukar mati sekiranya saka tersebut perlu tidak dibuang.
  3. Pengamal mungkin diserang sakanya sendiri sekiranya terlanggar pantang.
  4. Saka itu mungkin meresap dan menyusahkan keturunan pengamal sekiranya tidak diwarisi dengan betul.
Saka Harimau

Saka Harimau adalah merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, bagi tujuan memelihara harta benda dan diri daripada musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Saka Harimau menjadi pilihan ketua rumah untuk menjaga anak bini dan harta pusaka. Di Negeri Sembilan, pewaris Saka Rimau ini hanyalah seorang wanita bukannya lelaki kerana mengikut Adat Pepatih, perempuanlah yang menjadi tuan tanah manakala di negeri yang mengamalkan Afat Temenggung,lelaki atau perempuan yang akan menjadi pewaris. Saka Harimau dikatakan mampu menjelma diri sebagai harimau.


Saka Harimau dikatakan akan dipelihara bagi tujuan memelihara diri atau harta benda daripada diganggu musuh. Saka Harimau akan menyerang seseorang mereka yang dianggap musuh dan mampu menjelma apabila disuruh tuannya.

Saka Harimau adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu. Dengan itu Saka Harimau tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, Saka Harimau akan menumpang saudara terdekat atau sekiranya putus keturunan, ia akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.Akan kelihatan seperti akan ada harimau yang berkeliaran

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela Saka Harimau dikatakan mudah naik darah kerana ilmunya yang panas, dan akan diserang saka itu sendiri sekiranya tidak dijaga dengan baik, terutamanya sekiranya warisnya tidak mengetahui mengenai saka yang menumpang dirinya. Penjelasan ini mungkin digunakan bagi menjelaskan mereka yang panas baran. Keluarga yang panas baran mungkin dijauhi orang kampung kerana takut mendapat menantu yang suka memukul pasangannya.

Hantu Jepun

Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia. Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.

Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya. Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera. Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).

Hantu kubur

Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh selat Melaka. Rujukan 1. Hantu kubur sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat. Hantu kubur, boleh dikategorikan penjaga kubur. kelemahan hantu kubur adalah garam dan bawng putih,

Pari-pari

Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan. Kepercayaan terhadap pari-pari juga terdapat dalam masyarakat barat seperti di England dan Amerika Syarikat.

Pari-pari biasanya digambarkan sebagai berbentuk seperti manusia, dan mempunyai masyarakat tersendiri. Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas. Asal mereka tidak jelas dalam cerita rakyat, dengan pelbagai kelakuan, dan bentuk shaitan, atau spesies yang bebas sepenuhnya dari manusia atau malaikat.

Pakar cerita rakyat barat telah mencadangkan bahawa asal mereka dari ras ditakluk yang hidup secara bersembunyi, atau dalam kepercayaan yang tersingkir dengan kedatangan agama Kristian. Penjelasan ini tidak selalunya serasi, dan ia mungkin dapat dijejak dari pelbagai sumber.

Pari-pari dipercayai mempunyai kuasa ajaib dan mampu membantu menyembuhkan penyakit atau memberi kekayaan. Secara ilmiah, pari-pari kemungkinan berasal daripada kepercayaan animisme atau Hindu, (meskipun teori ini tidak berasas) yang mempercayai bahawa kesemua benda, seperti pokok besar, batu berbentuk pelik, mempunyai penunggu / dewa yang dipercayai mempunyai kuasa bagi membantu manusia.

Jerangkung

Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka. Jerangkung bisanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya melindung diri atau bagi memusnahkan musuh. Jerangkung mampu merasuk mangsanya dan menjadikan mangsanya menderita.

Pemelihara Jerangkung biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan Jerangkung. Jerangkung yang dipelihara, dipercayai secara umum akan mematuhi perintah tuannya selagi ia dijaga dengan baik. Sekiranya gagal, Jerangkung akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya. Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.

Sekiranya tidak dijaga dengan baik, Jerangkung akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik Jerangkung. Sekiranya Jerangkung tidak lagi diperlukan, pemilik Jerangkung perlu mendapatkan tuan pengganti, atau menghantar Jerangkung itu balik ketempat ia dibeli, atau ia perlu dibuang, biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai. Secara ilmiah, Jerangkung hanyalah satu penjelasan bagi menerangkan sesuatu yang tidak mampu dijelas dengan cara biasa.

Hantu Galah

Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan. Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.

Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya. Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya. Hantu galah dipercayai hanya mengusik tetapi tidak membahayakan orang.

Hantu galah dikatakan nampak dalam keadaan normal apabila kita pertama kali melihatnya tetapi menjadi tinggi dan tinggi sampai ke satu masa kita hanya melihat kakinya. Seseorang dinasihatkan supaya tidak mendongak ke atas atau kepala kita akan selama-lamanya mendongak ke atas. Seseorang juga dinasihatkan tidak berjalan di celah kakinya atau hantu ini akan mengepit orang itu dengan kakinya yang panjang.

Kalau ditakdirkan terjumpa hantu galah, dinasihatkan supaya meniarap. Kerana tubuh makhluk ini yang tinggi lampai, ia tak akan perasan manusia yang meniarap. Hantu galah antara hantu-hantu yang dikatakan direka ceritanya untuk menakut-nakutkan kanak-kanak supaya tidak memanjat pokok pada waktu malam. Sesetengah orang Melayu percaya hantu galah dapat dilihat jika seseorang itu mempercayai kewujudannya.

Jin Tanah

Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah). Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan di adakan. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.

Jin Tanah dikatakan mengawal pembukaan tanah baru. Dengan itu pembukaan tanah baru tidak akan dilakukan secara sewenang-wenangnya, dan secara tidak langsung menghalang penerokaan tanah haram. Ia menjaga tanah baru dari diceroboh. Mempercayai Jin lebih berkuasa dari Allah adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.
  1. Mengelakkan pencerobohan tanah secara haram.
  2. Menggalakkan kehidupan secara bermasyarakat.

Hantu Keramat

Hantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.

Hantu Keramat dikatakan akan berada di sesuatu tempat tertentu dan mampu membantu mereka yang datang membuat permintaan dari mereka. Hantu keramat biasanya dikaitkan dengan batu besar, pokok besar atau sesuatu kawasan seperti dipersimpangan. Keramat dipercayai akan mengkabulkan permintaan seseorang yang memberikan persembahan kepada mereka. Contohnya, dengan mempersembahkan sebiji telur, seseorang itu mampu menang loteri untuk membeli rumah besar.

Hantu keramat adalah sejenis makhluk halus yang hidup bebas dan tidak dipelihara oleh manusia. Orang Islam yang meminta-minta kepada keramat boleh mejurus kepada kesyirikan.
Share this post :
 
Copyright ©2014 Misteri Alam Semesta. Some Right Reserved.
Blogerize By : Nakao Global Cuisines. | Admin : KayLing88 Network Link. | Disclaimer.
Utama Facebook Ummaland Warisan Facebook Group Twitter Rss Feed Add This Email Rss Feed