Misteri Alam Semesta

Empowered Your money Today!
Constantine 2014
Home » » Perayaan Hantu dalam Masyarakat Cina

Perayaan Hantu dalam Masyarakat Cina

Written By Reduan Koh on Sunday 30 March 2014 | 22:00

Perayaan Hantu ialah sebuah perayaan Cina yang disambut oleh orang Cina di merata dunia. Dalam kalendar Cina (kalendar lunisolar), Perayaan Hantu jatuh pada malam ke-14 bulan ke-7. Mengikut adat resam Cina, hari ke-13 bulan ke-7 dalam kalendar qamari bergelar Hari Hantu dan bulan ketujuh secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu, iaitu apabila hantu-hantu dan roh-roh, termasuklah para leluhur yang lama meninggal, keluar dari alam ghaib. Ketika perayaan Qingming ahli keluarga yang masih hidup memberi penghormatan kepada leluhur mereka manakala pada Hari Hantu yang meninggal menziarahi yang hidup. Pada hari ke-13 ketiga-tiga alam Syurga, Neraka dan fana dibuka dan pada masa ini penganut agama Tao dan Buddha melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang yang meninggal.

Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang, yang mana ketaatan para keturunan disambungkan kepada para leluhur walaupun selepas kematian mereka. Kegiatan yang dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual, pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mendandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh leluhur yang menziarah, iaitu melayan orang yang meninggal seolah-olah mereka masih hidup. Makanan dihidangkan dengan kerusi kosong bagi setiap ahli yang meninggal dalam keluarga. Keraian yang lain termasuk melepaskan perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan.

Huraian
  • Perayaan Hantu : Perayaan Hantu
  • Nama rasmi : Agama Buddha - Ullambana
  • Tradisional : 盂蘭盆
  • Fahaman Tao dan kepercayaan tradisi : Zhōngyuán Jié ( 中元節 )
  • Juga dikenali sebagai : Bulan Hantu
  • Diraikan oleh : penganut agama Buddha, Tao, agama tradisional Cina
  • Jenis : Perayaan Asia dan agama Buddha
  • Kepentingan : Pembukaan pintu Neraka, membolehkan semua hantu untuk mendapat makanan dan minuman
  • Tarikh : malam ke-14 bulan qamari ke-7
  • Amalan : Penyembahan nenek moyang, menderma makanan (kepada para sami dan juga yang telah meninggal), membakar kertas topekong, berdikir
  • Berkaitan dengan : Obon
Perayaan Hantu di Malaysia

Perayaan Hantu di Malaysia dimodenkan dengan persembahan pentas seolah-olah konsert dengan sifat-sifat tersendiri dan berbeza daripada keraian Perayaan Hantu di negara lain. Pertunjukan pentas yang dikenali sebagai 'Koh-tai' oleh penutur bahasa Hokkien ini dipersembahkan oleh sekumpulan penyanyi, penari, dan penghibur di atas sebuah pentas sementara yang didirikan di kawasan perumahan daripada dana sumbangan para penduduk.

Perayaan Hantu di Jepun

O-bon, atau cuma Bon, merupakan versi Jepun bagi Perayaan Hantu yang lama berubah menjadi cuti perjumpaan semula keluarga yang mana penduduk bandaraya kembali ke kampung halaman untuk membersihkan dan menziarahi kubur nenek moyang mereka. O-bon yang sering merangkumi pesta tarian ini lama wujud di Jepun sejak lebih 500 tahun lalu. Perayaan Jepun ini diadakan dari 13 hingga 16 bulan Julai (masing-masing "Obon Sambutan" dan "Obon Perpisahan" respectively) di pantai timur Jepun (Kantō), pada bulan Ogos di pantai barat (Kansai).

Hari Ibu Vietnam

Di Vietnam, perayaan ini bergelar Vu Lan dan dijadikan Hari Ibu. Pada hari inilah sesiapa yang ibunya masih hidup akan berterima kasih, manakala yang ibunya sudah tiada berdoa agar roh ibu-ibu mereka diberkati.

Source : Wikipedia.
Share this post :
 
Copyright ©2014 Misteri Alam Semesta. Some Right Reserved.
Blogerize By : Nakao Global Cuisines. | Admin : KayLing88 Network Link. | Disclaimer.
Utama Facebook Ummaland Warisan Facebook Group Twitter Rss Feed Add This Email Rss Feed