Home »
Diskripnasi berkenaan Hantu 2
» Diskripnasi berkenaan Hantu 2
Diskripnasi berkenaan Hantu 2
Written By Reduan Koh on Wednesday, 20 February 2013 | 09:07
Hantu Kum-Kum
Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan. Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah vagina perawan. Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.
Matlamat hantu kum-kum dikatakan memulihkan wajah penuntutnya yang terlanggar pantang. Hantu kum-kum merupakan cerita hantu moden yang mula berkeliaran sekitar 1970-an ketika kebangkitan kesedaran semula Islam dikalangan orang-orang Melayu. Ketika itu, para pemudi mula mengenakan hijab dan perkara ini tidak disenangi oleh kumpulan yang mengenakan skirt mini.
Dengan itu hantu kum-kum dicipta sebagai sindiran kepada kumpulan yang memegang kepada ajaran Islam ketika itu. Hantu kum-kum juga kembali popular ketika kumpulan al-Arqam (sudah diharamkan tetapi masih aktif sebagai kumpulan Rufaqa') mula aktif di Malaysia yang menyaksikan pemakaian purdah yang di kalangan wanita pengikut kumpulan itu. Purdah adalah sejenis pakaian yang menutup hampir keseluruhan diri wanita kecuali mata.
Orang Minyak
Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar. Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai. Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem Orang Minyak ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P. Ramlee.
Orang minyak bertujuan bagi memudahkan menceroboh ke dalam rumah bagi matlamat tertentu. Orang minyak mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah. Selain itu ia dikatakan dapat menghilangkan diri dengan mudah sekiranya dikejar. Mampu melekat pada siling seperti cicak. Mampu juga naik ke atas dengan sehelai benang dan mampu menggunakan pelesit.
Sekiranya seseorang itu tidak mahu diganggu oleh Orang Minyak pada waktu malam terutamanya gadis, sekeliling tempat tidurnya harus ditaburi dengan kelopak jantung pisang dan daun keladi bira. Untuk menangkap Orang Minyak, apabila Orang Minyak itu telah dikepong, ia harus diselubungkan dengan kain batik lepas untuk melemahkannya. Hanya setelah diselubungkan dengan kain batik lepas baru boleh digigit ibu jari Orang Minyak itu untuk menghapuskannya. malahan ia juga takut dengan cermin , Allahuallam .
Kemungkinannya ia bermula dengan pencuri yang melomorkan dirinya dengan minyak agar sukar ditangkap kerana licin. Minyak yang gelap juga akan menjadikan dirinya sukar dilihat pada waktu malam, sunggupun ia membahayakan dirinya ketika memanjat. Pada 24 November 2006, seorang pencuri yang melomorkan dirinya dengan minyak telah ditahan di kampung Tawas, Malaysia.
Hantu Puaka
Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.
Hantu puaka dipercayai sering mengikuti fenomena alam dan mendatangkan kerosakan kepada harta benda. Hantu puaka adalah sejenis makhluk halus yang hidup bebas dan tidak dipelihara oleh manusia. mampu merasuk org dan menyebabkan ketandulisiannya.
Hantu Bidai
Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.
Hantu kopek
Hantu kopek boleh dikelaskan dalam kumpulan makhluk halus yang tidak dipelihara / liar. Hantu bidai dikatakan berkeliaran dikawasan berair dan akan akan menggulung dan melemaskan mangsa. Ini kemungkinan bagi menjauhi kanak-kanak daripada pergi berenang tanpa pengawasan orang tua, kerana ditakuti akan lemas sekiranya mengalami kesukaran seperti kekejangan.
Hantu kopek ini dipercayai digunakan bagi menakut-nakutkan kanak-kanak agar tidak pergi berenang secara bersendirian. Ini disebabkan mandi tanpa pengawasan orang tua amat merbahaya kerana kanak-kanak tersebut mungkin akan berhadapan dengan bahaya lemas atau terpijak onak, duri, paku atau kaca dalam air. Dengan itu hantu kopek dicipta bagi menyelamatkan mereka daripada ancaman tersebut.
Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib dan malam-malam, dengan cara menyembunyikan mereka di bawah kopek (buah dada) mereka.
Hantu kopek boleh dikelaskan dalam kumpulan makhluk halus yang tidak dipelihara / liar. Jin dan jelmaan syaitan yang berubah mengikut keadaan namanya... Hantu kopek dikatakan berkeliaran di kawasan perkampungan dan akan menyorok kanak-kanak yang merayau-rayau pada waktu senja. Mereka yang disorok oleh hantu kopek, biasanya mampu melihat mereka yang mencari tetapi tidak mampu berkomunikasi dengan pencari. mampu menyorok ramai kanak-kanak yang berkeliaran pada waktu maghrib atau pada waktu senja
Hantu kopek ini dipercayai digunakan bagi menakut-nakutkan kanak-kanak agar tidak berkeliaran di waktu senja. Ini disebabkan pada masa dahulu, keadaan gelap senja amat merbahaya kerana haiwan buas mungkin memasuki kawasan perkampungan atau kanak-kanak yang berkaki ayam mungkin akan terpijak onak, duri, paku atau kaca dalam kegelapan malam. Selain itu terdapat juga ancaman binatang buas seperti harimau yang mungkin memasuki kampung dipinggir hutan. Dengan itu hantu kopek dicipta bagi menyelamatkan mereka daripada ancaman tersebut.
Labels:
Diskripnasi berkenaan Hantu 2