Makhluk Halus merujuk kepada makhluk yang tidak mempunyai jasad sebagaimana manusia. Makhluk halus diyakini wujud oleh kebanyakan masyarakat di dunia, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat primitif.
Kewujudan makhluk halus boleh dikesan dalam cerita-cerita dongeng, kitab agama, dan cerita-cerita lisan. Meskipun demikian, sesetengah pihak mengklasifikasikan jin dan syaitan ke dalam kelompok makhluk halus juga.
Terdapat kepercayaan bahawa membakar kemiyan bersama sejenis getah yang diambil daripada pokok Morhabshi mampu menjauhkan atau menghindari makhlus halus. Dalam masyarakat Melayu-Islam, bacaan ayat-ayat suci al Quran merupakan cara terbaik bagi menghindari makhluk halus ini.
Soal Jawab : Penyelesaian Gangguan Makhluk Halus
Menangani gangguan makhluk halus ni bukanlah semudah menghadapi gangguan lelaki berjerawat di bus stop.. atau gangguan nyamuk di telinga.. sebab lelaki berjerawat dan nyamuk itu adalah benda2 zahir yang boleh nampak dengan mata kasar. Makhluk halus ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar mahupun menggunakan mata kanta.. hanya mereka2 yang diberikan keizinan oleh Allah saja yang mampu untuk melihatnya.
Jadi, bila kita tak dapat melihat, ia seumpama kita ni seorang yang buta. Seorang buta hanya mampu menggunakan deria selain mata untuk melihat dan mengesan.. macam Si Buta Dari Gua Hantu (filem Indonesia era 80-an) yang menggunakan pancaindera lain untuk mengesan pergerakan musuh dalam pertarungan.
Kita tak mampu nak menyatakan secara yakin perkara yg kita sendiri tak nampak.. kita cuma boleh mengagak.. begitulah juga dalam kes menghadapi serangan makhluk halus ini..
Benda2 halus ini memang memberikan kesan untuk jangka masa yang panjang.. virus yang halus itu sendiri kadang2 kita tak mampu nak hapuskan seperti virus denggi yang masih ada dalam badan sekalipun pesakit kelihatan dah sembuh.. bukan seekor virus saja yg menyebabkan kesakitan kepada tubuh, tetapi kehadiran beribu2 bahkan berjuta2 virus itulah yg menyebabkan antibodi badan menjadi lemah dan kita menjadi sakit.
Jika seekor saja makhluk halus yg mendiami tubuh badan, kemungkinan untuk menghalaunya keluar itu agak besar.. sebab kita boleh tumpukan proses pemulihan dan mengeluarkan makhluk nan seekor itu saja.. tapi kalau ada beratus2 makhluk halus dalam tubuh, siap dah buat kampung dan buat pejabat operasi dalam tubuh badan, maka ia agak susah untuk dipulihkan. Sangat memerlukan masa dan penumpuan yang tinggi dalam usaha2 pemulihan.
Sebab itulah kebanyakan kes2 serangan makhluk halus ini adalah melibatkan serangan berulang.. iaitu kes2 lama yang masih berulang walaupun dah berkali2 berubat.
Dalam mengubati penyakit akibat gangguan makhluk halus ini, yang paling penting adalah persediaan diri pesakit itu sendiri. Sama macam kita berubat dengan doktor.. doktor cuma boleh bagi nasihat dan ubat.. lepas tu kita sendiri yang akan meneruskan proses penyembuhan itu dengan makan ubat dan mengikuti nasihat doktor, ataupun kita simpan je ubat tu dan tak pedulikan apa yg doktor cakapkan.
Kadang2 kita terlalu menyerahkan diri kepada perawat dengan keyakinan perawat itu yang menyembuhkan penyakit yang kita hadapi. Awal2 lagi kita terlibat dalam keyakinan yg syirik seperti ini, bagaimana kita nak dapatkan bantuan Allah yang memberikan kesembuhan atas penyakit kita? Kita tak anggap berubat itu sebagai usaha dan ikhtiar, dan hakikatnya Allah juga yg menyembuhkan penyakit kita.. sebab tu kerap kita dengar suara2 yang mengatakan “bomoh tu bagus..”, “ustaz tu pandai mengubat” dsb.
Maka, sewajarnyalah para pesakit membersihkan keyakinan mereka terlebih dulu agar tak terlibat dengan keyakinan yang syirik. Bila kita menyedari yang tugas kita hanya berubat, maka kita takkan putus asa dalam usaha menyembuhkan penyakit. Tak kira berapa lama masa yang diambil dan berapa banyak modal yang dikeluarkan, keyakinan kita tetap pada Allah yang menyembuhkan dan bukan perawat yang membantu proses pengubatan.
Kita takkan rasa letih untuk mengamalkan ayat2 tertentu sebagai zikir amalan, juga tak jemu berdoa untuk kesembuhan.. bahkan dengan kehadiran penyakit tersebut, kita semakin dekat dengan Allah dan semakin banyak ibadah yang kita lakukan.. akhirnya penyakit itu sendiri menjadi rahmat dalam kehidupan kita.
Persoalan tanggungjawab orang sekeliling, ia memerlukan tindakan daripada ahli keluarga pesakit itu sendiri untuk memaklumkan keadaan pesakit kepada orang2 lain seperti jiran2 agar mereka juga dapat alert dengan masalah tersebut. Jika sampai ke tahap pesakit mengalami gangguan jiwa yang bersangatan, kemungkinan untuk beliau mendatangkan bahaya kepada orang sekeliling itu tetap ada.
Kita pernah dikejutkan dengan peristiwa seorang lelaki yg membunuh ahli keluarga dan memenggal kepala salah seorang daripadanya dan membawa ke merata2 tempat. Kalau ikut istilah saintifik, pesakit disebut berhalusinasi dan mengalami kemurungan.. namun, kita juga tak menolak kemungkinan wujudnya gangguan makhluk halus sehingga merosakkan akal pemikirannya yang waras.
Maka, jika ahli keluarga sendiri tak yakin mampu menjaga pesakit daripada membahayakan diri sendiri dan orang lain, maka wajarlah pesakit diasingkan daripada masyarakat.. alternatifnya mungkin menghantar pesakit ke hospital mental yang lebih selamat dan terurus. Jangan malu dengan keadaan tersebut.. ada yang memang dah tau ahli keluarganya itu boleh membahayakan orang lain, namun disebabkan malu dengan masyarakat (jika dihantar ke hospital mental), maka dia dijaga seperti orang normal sehingga membahayakan nyawa ahli keluarga yang lain serta orang sekeliling.
Sebab itulah, dalam mengubati penyakit berkaitan makhluk halus ini, ia memerlukan masa dan pengulangan rawatan.. teruskan merawat dan jangan berputus asa. Dalam proses rawatan juga, ahli keluarga kena jadi orang yang paling prihatin.. Jangan biarkan pesakit melakukan perkara2 yang membahayakan diri dan masyarakat.. pendek kata, jangan biarkan pesakit seorang diri tanpa berteman. Dan bantulah pesakit dengan melakukan solat hajat serta berdoa semoga Allah menyembuhkan penyakitnya dan beliau kembali pulih seperti sedia kala.
Punca artikel Penyelesaian Gangguan Makhluk Halus : ustazlove.