- Tiada kaunseling atau dakwah Islam.
- Gemar mengatakan perbuatan orang bagi setiap punca penyakit yang dialami.
- Memberikan objek sama ada tangkal, azimat atau air jampi untuk dibawa pulang.
- Menyuruh pesakit bawa objek seperti limau nipis, sirih atau kapur setiap kali datang berurusan.
- Ada upacara memotong limau di permulaan sesi mengubat.
- Pengamal bomoh suka pakai baju kuning (oren), hitam atau merah.
- Minta pengeras.
- Ada pemutus ubat setelah selesai perubatan.
- Minta duit dan kadang-kadang amaun yang diminta tidak masuk akal sama sekali sehingga mencecah beribu ringgit.
- Ada yang mengamalkan puasa pati geni (memutih) di peringkat awal untuk menjadi bomoh.
- Guna air dalam mangkuk untuk menelek.
- Melakukan perkara luar biasa seperti boleh membelah dada dan perut untuk mengeluarkan dan mencuci organ dalaman malahan boleh dirakam sewaktu pembedahan tersebut.
- Mengaku mempunyai keajaiban seperti kasyaf
- Pengamal Feng Shui adalah bomoh.
- Sami Budda, hindu dan sebahagian paderi adalah bomoh.
- Kebanyakan pengamal ilmu sesat ini sembahyang, puasa, pergi masjid, ada title haji / hajah, menggunakan bismillah dan insya Allah dalam pertuturan mereka dan perlakuan mereka lebih mirip kepada seolah-olah orang yang mendalami agama Islam. Ini semua adalah sebenarnya aset yang maha penting bagi iblis dan orang ini untuk terus sesat dan menyesatkan orang ramai.
- Setengah mereka ada title ustaz, ustazah, profesor, doktor malahan ada yang bergelar Dato’.
- Ada proses menurun sewaktu mengubat.
- Ada menyeru pelbagai nama seperti wali yang dah meninggal seperti wali songo dan syeikh Abdul Kadir Jailani, malaikat dan nama-nama lain yang pelik.
- Menggunakan objek pelik seperti keris, pedang, lilin dan sebagainya dalam proses mengubat.
- Kalau orang perempuan, selalunya tak pakai tudung atau tudung ringkas, bermake up dan banyak barang kemas.
- Mereka yang ada hubung kait dengan sixth sense atau kuasa minda, aura, cahaya dan tenaga dalaman adalah sebenarnya seorang bomoh yang sesat..
- Ada mengamalkan meditasi.
- Ada bertapa untuk mendapatkan ilmu tersebut.
- Mengaku mengetahui perkara ghaib seperti tahu siapa mencuri dan siapa yang mendengki.
- Mengaku boleh nampak jin.
- Banyak mengamal bidaah dan sangat kurang mengamalkan sunnah.
- Tergantung banyak ayat-ayat Al Quran di dinding rumah mereka.
- Gemar menjanjikan kesembuhan yang segera.
- Gemar riak dengan menceritakan kes-kes lalu yang telah berjaya diselesaikan termasuk menceritakan ramai orang besar kenamaan (VIP) telah berubat dengannya.
- Mengamalkan mandi laut waktu malam bagi membuang syaitan.
- Menggunakan khadam seperti jin dan “malaikat”.
- Melakukan semah seperti semah rumah dan gelanggang.
- Mengamalkan mandi bunga. Mandi bunga adalah amalan dari ajaran agama hindu.
- Memberikan pendinding bagi rumah, diri dan sebagainya.
- Pengamal yang memberikan khidmat memasukkan apa jenis susuk sekali pun dan tattoo adalah bomoh.
- Menjalankan kaunseling dan dakwah islamiah kepada pesakit.
- Gemar mengatakan bahawa setiap bala musibah bukanlah disebabkan oleh orang yang menyihir dan dengki tetapi adalah di atas kehendak dan kekuasaan Allah jua.
- Tidak memberikan sebarang tangkal azimat untuk dibawa balik namun untuk kes-kes tertentu (bukan semua kes) ada diberikan air yang dijampi secara Islam.
- Tidak ada pengeras dan pemutus ubat.
- Tidak menentukan sebarang bayaran tetapi sedia menerima sebarang amaun sebagai hadiah. (dibenarkan dalam Islam mengikut hadis sahih – cerita nak sembelih kambing pemberian orang sakit yang dah sembuh)
- Ada memberikan ubat yang disediakan dari tumbuhan, herba atau dari campuran bahan-bahan tertentu dan diiktikadkan sebagai jual beli ubat.
- Mengaku tidak ada kuasa ghaib
- Tidak melakukan sebarang perkara yang pelik dan luar biasa.
- Tidak mengenakan uniform khas dan warna-warna tertentu sewaktu mengubat pesakit.
- Mengamalkan Islam dengan lebih cantik
- Lebih cenderung mengamalkan sunah dan meninggalkan bidaah.
- Tiada ayat Al Quran tergantung di dinding rumah.
- Tidak materialistik dan dapat dilihat pada kenderaan dan rumah.
- Tidak menggunakan bantuan sebarang khadam termasuk jin dalam perubatannya. Semata-mata bertawakal kepada Allah.
- Tidak menjanjikan kesembuhan yang segera.
Pawang merujuk kepada ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu dahulu kala. Pawang mengubat berdasarkan kepada penggunaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sekiranya sesuatu penyakit gagal disembuhkan, pawang akan berpaling kepada kepercayaan kepada kekuasaan roh dari alam sekeliling, yang merupakan satu cara hidup sebelum ajaran Islam berkembang di nusantara bagi mengubat pesakit. Selain pawang, ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu turut dikenali sebagai tabib, dukun atau bomoh. Bagaimanapun, pawang dianggap sebagai yang paling berkemampuan dikalangan ahli perubatan tradisional ini.
Pawang merupakan orang yang sangat dipercayai boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit kerana beliau saja yang dianggap boleh berhubung dengan roh atau kuasa ghaib. Bidang kuasa Pawang di anggap lebih luas daripada bidang bomoh. Seorang pawang selain mampu mengubat pelbagai jenis penyakit, turut mampu mengendalikan upacara umum bagi memastikan hasil tuaian padi yang banyak, atau melindungi masyarakat daripada wabak penyakit.
Di Malaysia, perubatan moden tidak diperkenalkan secara meluas di kawasan kampung luar bandar sehinggalah Malaysia mencapai kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua, apabila kemudahan perubatan awam kebangsaan, dan pelajar lulusan universiti tempatan dalam perubatan moden mula mencapai bilangan yang mencukupi bagi memberikan perkhidmatan kesihatan awam. Selain itu kempen penerangan umum yang dilancarkan oleh kerajaan bagi menerangkan kelebihan kesihatan moden berbanding perubatan tradisional secara beransur-ansur menjadikan orang semakin berkurangan mendapatkan perkhidmatan pawang, sungguhpun ia masih kekal.
Sungguhpun begitu, perubatan tradisi masih kekal, tetapi lebih terhad kepada masalah yang dianggap tidak dapat diubati dengan rawatan moden seperti masaalah santau, ganguan makluk halus, dan masalah-masalah yang yang serupa dengannya. Perubatan tradisional ini tidak terhad kepada ethnik tertentu, malah pengamal perubatan yang berjaya mampu mendapatkan pelanggan merentasi pelbagai negara-negara berdekatan.
Dukun
Dukun merujuk kepada ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu dahulu kala. Dukun mengubat berdasarkan kepercayaan kepada kekuasaan roh dari alam sekeliling, yang merupakan satu cara hidup sebelum ajaran Islam berkembang di nusantara. Dukun merupakan orang yang sangat dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kerana beliau saja yang dianggap boleh berhubung dengan roh atau kuasa ghaib. Ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu turut dikenali sebagai tabib, bomoh atau pawang.