Home »
Diskripnasi Makhluk Halus 1
» Diskripnasi Makhluk Halus 1
Diskripnasi Makhluk Halus 1
Written By Reduan Koh on Wednesday, 20 February 2013 | 09:25
Anak kerak
Anak kerak ialah sejenis hantu yang hampir sama dengan Toyol, tetapi mempunyai asal yang lebih spesifik dan keupayaan yang lebih. Anak kerak dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung. Bayi tersebut dilahirkan pada hari Selasa dan dibunuh dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan.
Mereka dikecutkan oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan. Disebabkan itu, pada masa dahulu adalah menjadi pantang dikalangan penduduk pantai timur untuk mendedahkan mereka adalah anak sulung kepada orang yang tidak dikenali. Ilmu anak kerak ini biasanya popular dalam kalangan penduduk Pattani.
Anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik. Ini disebabkan ia dikatakan akan memakan tuannya sekiranya terbiar. Oleh itu semua perkakasan seperti buaian, kelambu nyamuk, bantal, tilam, dan hidangan susu perlu disediakan secara berterusan selagi anak kerak ini tidak dibuang.
Hantu langut
Hantu langut ialah sejenis hantu pemburu dengan kepala anjing dan berbadan manusia. Ia dipercayai pernah menjadi manusia, seperti hantu pemburu. Menurut legenda, hantu langut berasal dari Pahang. Seorang ayah dan anaknya pergi memburu bersama anjingnya. Ketika di dalam hutan, seekor lintah menggigit kaki si ayah. Dia memotong lintah itu kepada dua dan terpegun melihat lintah itu bercantum semula.
Setelah beberapa kali memotong lintah tersebut dan ia bercantum semula, si ayah menganggap jika kepalanya sendiri dipotong, ia dapat disambungkan semula menggunakan darah lintah. Anaknya memotong kepala si ayah setelah disuruh, dan kepalanya berkecai. Dalam keadaan panik, anaknya memotong kepala anjingnya dan mencantumkan dengan badan ayahnya. Ia kemudian dicurahkan dengan darah lintah. Ayahnya hidup kembali tetapi malu dengan muka anjingnya dan tidak pulang ke rumah. Ia dikatakan tinggal dalam hutan sebagai hantu langut.
Kuttisaathan
Kuttisaathan merupakan sejenis hantu yang dikenali dalam masyarakat Hindu. Hantu ini dijumpai di kawasan-kawasan perkuburan Hindu. Ia merupakan hantu kegemaran bagi pengamal ilmu hitam Hindu atau dalam masyarakat Tamil dikenali sebagai Manthiravathi. Para Manthiravathi akan ke kawasan perkuburan dalam keadaan tertentu pada malam bulan mengambang untuk melakukan ritual bagi mendapatkan perkhidmatan hantu ini. Sebagai pertukaran, pelbagai tawaran pengorbanan diberi.
Sundel Bolong
Sundel bolong dalam mitos hantu Indonesia digambarkan sebagai wanita berambut panjang dan bergaun panjang warna putih. Digambarkan pula terdapat bentukan lubang atau bolong di bagian punggung yang sedikit tertutup rambut panjangnya sehingga organ-organ tubuh bagian perut terlihat. Dimitoskan hantu sundel bolong mati karena ia diperkosa dan melahirkan anaknya dari dalam kubur. Biasanya sundel bolong juga diceritakan suka mengambil bayi-bayi yang baru saja dilahirkan.
Sundel Bolong ini menjadi tumpuan filem hantu Indonesia tahun 80-an di mana ia banyak dilakonkan oleh artis Suzzanna. Antara filem yang terkenal adalah Legenda Sundel Bolong (18 Oktober 2007)
Sundel Bolong dikatakan malu dengan lubang pada badannya. Lubang ini disorokkan dengan gaunnya. Hantu Sundel Bolong dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.
Labels:
Diskripnasi Makhluk Halus 1